Khamis Putih

Khamis Putih atau khamis suci (bahasa Inggris: Holy Thursday, Maundy Thursday ) ialah hari suci dalam agama Kristian yang jatuh pada hari Khamis sebelum perayaan Easter atau Paskah. Hari tersebut adalah untuk memperingati pembasuhan kaki dan Perjamuan Terakhir Yesus Kristus bersama para murid-muridNya seperti yang diceritakan dalam Injil.[1] "Santapan Terakhir" diceritakan sebagai kali terakhir Yesus meluangkan masa bersama para muridnya (sebelum ditahan dan dihukum atas salib) sambil menceritakan apa yang bakal berlaku. Hari suci ini merupakan hari kelima dalam Minggu Suci menyusuli Rabu Pengkhianatan dan diikuti oleh Jumaat Agung atau Good Friday.[2]Tarikh perayaan sering diadakan antara 19 Mac dan 22 April, namun tarikh-tarikh tepatnya berbeza bergantung sama ada takwim Gregorius atau takwim Julius yang digunakan dalam liturgi gereja. Gereja-gereja mazhab Timur menggunakan takwim Julius, maka perayaan disambut antara 1 April dan 5 Mei jika mengikut takwim Gregorius yang dipakai secara meluas sejak awal abad ke-21 ini.